Tidak
cukup tidur. Ini
memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru
mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat
malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari
persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat
kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat
kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet
sehingga pagi.
Kalaulah ini
masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat
dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa
dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana
mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk
ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study
smart' bukan semata-mata 'study hard'.
Tidur
yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda
mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari.
Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan
terlalu banyak. Ini juga
merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut
anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses
ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini
membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan
ketika mengulangkaji.
Badan
terlalu letih. Ada
ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih
dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah
mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada
ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan.
Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal
keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah
keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah dan
senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena
betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk
membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah
pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.
Ada pula
sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum
yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam
kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji
dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar.
Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya
kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda
kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati
sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.
Oleh itu
pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian
akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak
kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk
dimalamnya.
Tiada
minat belajar. Masalah ini
sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi
lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR
manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan
sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan
pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan
pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Pernahkah anda
dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah
berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat
timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk
pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan
yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.
Oleh itu yang
perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda
sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar
mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.
Berikut adalah
beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
-
Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.
Dapatkan rangka kasar tentang perkara yang bakal anda baca.
Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
- Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
- Rajah-rajah.
- Jadual.
- Carta.
-
Peta.
Buat
nota ringkas. Jangan
sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat
artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam
bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam
satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan
membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian
kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa
sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan
auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting
kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda
pelajari.
No comments:
Post a Comment