TOKOH MATEMATIK DUNIA
Rene’ Descartes (1596-1650)
Beliau
adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut
beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya
diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set
pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat
ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada
siling biliknya...
Archimedes 287 – 212 sm
Dilahirkan
pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika
perang, dibunuh oleh tentera Rom. Tentera Rom tidak mengetahui siapa
sebenarnya..
Beliau
kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt
merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus.
Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
Pencapaian
beliau yang terkenal ialah
- Hukum Hidrostatik Archimedes
- Mencipta Takal
- Skru Archimedes
- Menemui pi
Sir Isaac Newton (1642-1727)
Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di
jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan
kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya
dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang
dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
Pencapaian
- Hukum Newton
- Teorem binomial
John Venn (1834-1923)
John
Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di Hull, Yorkshire, England dan
meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat
kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila
membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan
lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn
untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set.
Johann Carl Friedrich Gauss
Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101.
Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematikdan astronimi. Antara pencapaiannya ialah :Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdanaPembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.
Al-Biruni
(973-1050)
Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn
Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm
(sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia
pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan).
Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli
matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori
putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan
kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat
di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi
ialah 6339.6 km
Al-Battani (850-929)
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa
trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga
pemerintah Syria.
Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang
tersohor.
Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan
merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents
Al-Khawarizmi (780 - 850)
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi
dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan
astronomi.
Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau
ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan)
dan Algebra.
Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of
Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.
Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16
Omar Khayyam (1048-1131)
Nama
sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan
dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam
sebenarnya bermaksud pembuat khemah.
Sumbangan
terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.
Beliau
pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra
termasuk persamaan darjah ke tiga.
Malah beliau
juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini
termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada
penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat
fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan
sangat penting dalam perkembangan algebra.
Pengklasifikasian
persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu
persamaan.
Omar Khayyam
telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian
persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
Dalam bidang
geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada
pembentukan teori garisan selari.
Beliau juga
pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di
balai cerap.
Di sana,
beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.
Khayyam
berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al-
Jalali.
Al Khazin (900-971)
ABU
Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang
terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli
astronomi dan matematik terkenal pada zamannya.
Al-Khazin
merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada
tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud
ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di
mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah
garisan Khatulistiwa di bumi.
Selepas
pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya
kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”
Salah
satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu
kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan
rujukan utama saintis lain.
Kerja
itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman
pada waktu Perang Dunia Kedua.
Hasil
kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya
daripada ahli Matematik, al-Khujandi.
Al-Khujandi
mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua
nombor x, y, z.
Selain
itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.
Beliau
mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh
Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran
seragam yang bukan berpusatkan bumi.
Al-Khazin
yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut
beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi






No comments:
Post a Comment